Quantcast
Channel: PengenViral.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 342

Penghasilan Kertas Kerja Perkhemahan Unit Beruniform, dan Contoh Laporan Khidmat Komuniti

$
0
0

KKP WAJ 3111



1.0PENGENALAN

Tugasan Kerja Kursus WAJ 3111 Unit Beruniform  PISMP Semester 4 Ambilan januari 2013 dirangka berdasarkan beberapa objektif yang ingin dicapai iaiatu untuk menilai tahap prestasi pelajar berdasarkan hasil pembelajaran kursus dan program.Selain itu,dapat meningkatkan kemahiran pelajar membuat rujukan dan mengakses maklumat daripada pelbagai sumber,kecekapan memilih maklumat yang relevan dan menggerakkan proses pembelajaran pelajar sejajar dengan perkembangan kognitif seperti kemahiran berfikir.Disamping itu,ianya membantu pelajar mencari makna melalui pengalaman sendiri,mencari kebenaran dalam kepercayaan,pengetahuan dan tindakannya bagi meningkatkan kualiti diri dan seterusnya menjadi pengamal refleksi.
Didalam tugasan ini,terdapat dua fokus utama tugasan iaitu menyediakan satu kertas kerja dan membuat laporan khidmat komuniti.Penyediaan kertas kerja adalah secara kumpulan berlima dan berfokuskan kepada Perkhemahan Perdana Unit Beruniform.Kertas kerja ini dirancang dan dihasilkan bagi mengadakan sebuah Perkhemahan Unit Beruniform.Penyediaan kertas kerja perkhemahan unit beruniform peringkat sekolah ini adalah untuk memberi pendedahan kepada bakal guru agar mendapat pengalaman yang berguna dan seterusnya dapat digunakan kelak.
Tugasan kedua pula ialah menyediakan laporan Khidmat Komuniti.Laporan yang telah disediakan ialah mengenai Laporan Khidmat Komuniti yang telah dijalankan semasa Perkhemahan Perdana Unit Beruniform Peringkat IPG Kampus Pendidikan Islam 2014 yang telah diadakan pada 8-11 September 2014 di Kem Bina Negara,Ulu Sepri Negeri Sembilan.Laporan ini merangkami beberapa aspek yang terdiri daripada pengenalan,objektif,laporan sebelum,laporan semasa,laporan selepas dan rumusan menyeluruh.Diharapkan agar tugasan ini dapat memberikan manfaat kepada semua pelajar khususnya dan semua warga pendidik.


2.0 PENYEDIAAN KERTAS KERJA


KERTAS KERJA
PERKHEMAHAN
BULAN SABIT MERAH
SK PINANG TUNGGAL



TARIKH: 23 – 25 Oktober 2014
TEMPAT: Padang sekolah SK Pinang Tunggal


ANJURAN:

BULAN SABIT MERAH
SK PINANG TUNGGAL



PERKHEMAHAN BULAN SABIT MERAH

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

2.1TUJUAN

Kertas kerja ini bertujuan untuk memaklumkan kepada pihak pentadbir SK Pinang Tunggal bahawa unit Bulan Sabit Merah Malaysia SK Pinang Tunggal akan melaksanakan satu program perkhemahan Bulan Sabit Merah.

2.2LATAR BELAKANG

Unit Bulan Sabit Merah SK Pinang Tunggal telah merancang untuk melaksanakan Perkhemahan Bulan Sabit Merah . Perkhemahan  ini merangkumi latihan asas kawad, Undang- undang Kemanusiaan Antarabangsa (UUKA) dan latihan perkhemahan asas. Melalui kursus ini, ahli- ahli dapat menambah pengetahuan tentang aktiviti- aktiviti perkhemahan seterusnya dapat mengaplikasi kemahiran tersebut dalam kehidupan seharian. Antara nilai murni yang dapat diperoleh dalam kursus ini ialah dapat memupuk semangat kesukarelawan dalam diri ahli untuk membantu masyarakat.


2.3OBJEKTIF 


2.3.1Memberi pendedahan dan kefahaman kepada ahli BSMM tentang Asas Kawad, Undang- undang Kemanusiaan Antarabangsa (UUKA) dan latihan perkhemahan
2.3.2Memupuk semangat sukarelawan berterusan dalam diri ahli terhadap aktiviti kemasyarakatan di sekolah dan masyarakat.
2.3.3Mendedahkan kepada peserta dengan asas perkhemahan dan disiplin dalam sesebuah perkhemahan


2.4SASARAN
30rang ahli BSMM tahap dua SK Pinang Tunggal

2.5 TARIKH

23 – 25 Oktober 2014 


2.6 TEMPAT

Padang Sekolah SK Pinang Tunggal



2.7JAWATANKUASA INDUK DAN PELAKSANA
Rujuk lampiran A


2.8TENTATIF PROGRAM

Rujuk lampiran B


2.9ANGGARAN PERBELANJAAN
Rujuk lampiran C

2.10SENARAI NAMA PESERTA
Rujuk lampiran D



2.11PENUTUP

Kami selaku Jawatankuasa Pelaksana berharap program yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya. Kerjasama daripada semua pihak amatlah dialu-alukan bagi mencapai matlamat tersebut.




LAMPIRAN A
JAWATANKUASA PERKHEMAHAN BULAN SABIT MERAH


LAMPIRAN B

TENTATIF PERKHEMAHAN BSMM SK PINANG TUNGGAL

Hari: Jumaat (23 Oktober 2014)
2.30 petang: Pendaftaran peserta
4.30 petang: Mendirikan khemah

Malam
7.45 malam: Makan malam
8.00 malam: Taklimat
9.15 malam: rehat
9.30 malam: ice breaking
11.00 malam: Bersurai

Hari: Sabtu (24 Oktober 2014)
8.00 pagi: Ceramah UUKA
10.30 pagi: Rehat
11.00 pagi: Masakan rimba
1.00 tengah hari: Rehat (Solat dan makan)
2.30 petang : 7 prinsip asas BSMM
4.30 petang: Bersurai



Malam
7.45 malam: Makan malam
8.00 malam: ceramah asas kawad
9.15 malam: Rehat
9.30 malam: malam kebudayaan
11.00 malam: Bersurai

Hari: Ahad (25 Oktober 2014)

8.00 pagi: Pembersihan kawasan perkhemahan
10.30 pagi: Majlis penutup
11.00 pagi: Perkhemahan tamat


LAMPIRAN C
ANGGARAN PERBELANJAAN
PERKHEMAHAN BSMM SK PINANG TUNGGAL



LAMPIRAN D
BILNAMA PELAJARKELASNO.TELEFON WARIS



3.0 LAPORAN KHIDMAT KOMUNITI PERKHEMAHAN PERDANA
UNIT BERUNIFORM INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM 2014

Tajuk : Laporan Khidmat Komuniti Perkhemahan Perdana Unit Beruniform IPG KPI 2014
Tarikh : 11 September 2014
Masa : 7.00 pagi – 10.00 pagi
Tempat : Kem Bina Negara Ulu Sepri,Rembau.

3.1 Pengenalan
Perkhemahan Perdana Unit Beruniform Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam telah diadakan pada 8 sehingga 11 September 2014 bertempat di Kem Bina Negara Ulu Sepri,Rembau.Satu aktiviti khidmat komuniti telah dijalankan didalam Perkhemahan Perdana tersebut. Kesan daripada beberapa aktiviti yang dijalankan menyebabkan berlakunya beberapa keadaan yang tidak sedap mata memandang.Terdapat beberapa tempat yang menjadi tumpuan utama aktiviti khidmat komuniti seperti sungai,tandas,kawasan perkhemahan,kawasan memasak,dan lain-lain lagi. Oleh hal demikian,aktiviti khidmat komuniti perlu dijalankan bagi membersihkan dan memastikan keadaan kembali pulih seperti asalnya.

3.2 Objektif
Antara Objektif Khidmat Komuniti yang dijalankan ialah untuk memberi pendedahan kepada pelajar melakukan aktiviti kebajikan dan berkhidmat kepada masyarakat supaya membentuk sifat dan sahsiah terpuji.Selain itu,ianya bertujuan merapatkan perhubungan silaturrahim yang akrab di antara satu sama lain di samping membentuk satu ikatan yang kukuh.Tambahan pula,program ini dapat membentuk kerjasama yang erat di antara pelajar dan menempuh nilai-nilai murni dalam kumpulan dan seterusnya membentuk satu perhubungan baik antara masyarakat setempat dan bakal-bakal guru.


3.3 Laporan Khidmat Komuniti

3.3.1 Sebelum
Para peserta berkumpul seawal jam 7.30 pagi untuk mendengar taklimat daripada pengerusi iaitu Saudara Fikri bin Mat Arip dan Pensyarah penasihat iaitu Puan Noreha binti Sarkawi.Didalam taklimat tersebut,Pengerusi telah menyatakan beberapa tempat yang perlu diberi keutamaan iaitu kawasan perkhemahan,kawasan memasak,kawasan persekitaran,tandas,kelas dan lain-lain lagi. Sebanyak 8 kumpulan besar dan 4 kumpulan kecil telah dibentuk bagi memudahkan segala urusan yang berkaitan dengan aktiviti.Ketua dilantik untuk setiap kumpulan dan menjadi orang tengah dalam penyampaian maklumat dan tugasan.Sejurus kemudian,Ketua kumpulan diminta mengambil peralatan yang diperlukan bagi memudahkan urusan gotong-royong yang dijalankan.Seterusnya,Puan Noreha memperincikan aspek-aspek yang perlu dijaga semasa melaksanakan aktiviti gotong –royong seperti keselamatan,kebersihan dan sebagainya.

3.3.2 Semasa
Aktiviti gotong-royong dimulakan tepat jam 8.00 pagi.Setiap kumpulan bergerak ketempat yang telah ditentukan.Di tapak perkhemahan,kumpulan dipecahkan lagi kepada bahagian tugasan iaitu mengemas khemah,mengutip sampah,meruntuhkan gadget dan lain-lain lagi.Khemah yang siap dikemas dimasukkan kedalam beg dan disusun disatu tempat bagi memudahkan urusan penyimpanan.Gadget yang dihasilkan mengunakkan buluh,diruntuhkan dan dirombakkan.Buluh-buluh itu kemudian dibawa ketempat yang telah ditetapkan yang berhampiran dengan kawasan perkhemahan tersebut.Antara peralatan yang digunakan semasa merombak ikatan ialah parang,pisau,gunting dan sebagainya.Manakala kumpulan yang ditugaskan membersihkan tandas pula bergabung dengan wakli unit beruniform yang lain iaitu Pengakap,Pandu Puteri,Kadet Remaja Sekolah dan Pergerakan Puteri Islam.Dua buah tandas yang dibersihkan iaitu tandas peserta lelaki dan tandas peserta perempuan.Keadaan tandas yang agak kotor menyebabkan ketidakselesaan pengguna terutamanya pada bahagian lantai yang tercemar akibat lumpur dan kesan tapak kasut peserta.Oleh hal demikian,Kumpulan yang bertugas menggunakan beberapa alatan seperti penyapu,mop, dan pencuci untuk mencuci bahagian lantai tandas.Selain itu,kolah juga dibersihkan dan diisi dengan air yang bersih untuk kegunaan ramai.Di kawasan masakan pula,ketua kumpulan membuat pembahagian kerja dengan efektif lantaran kerja yang berlambak.Antara kerja atau tugasan yang diagihkan ialah membersihkan periuk dan alatan masakan.Alatan-alatan masakan yang dibasuh dan dibersihkan dengan baik kemudiannya disusun sebelum diangkut kedalam bas.Bahan mentah yang masih berbaki pula dimasukkan didalam kotak dan disusun dengan baik.Selain itu,peserta juga membersihkan longkang yang tercemar oleh sisa-sisa bahan mentah dan makanan.Kawasan sekitar itu disapu dan dibersihkan dengan sempurna. 

3.3.3 Selepas
Selesai aktiviti gotong-royong dijalankan,Puan Noreha selaku pensyarah penasihat membuat pemantauan terhadap kawasan yang telah ditetapkan.Beliau membuat penilaian terhadap tahap hasil kerja para peserta.Beliau mengarahkan supaya para peserta mengumpulkan beg,barang dan segala alatan pada suatu tempat yang lebih mudah untuk diangkut kedalam bas.Barangan dan peralatan yang digunakan sepanjang berjalannya perkhemahan disemak supaya tidak ada yang tertinggal ataupun hilang.Setelah itu,Beliau berpuas hati dan memberikan peluang kepada peserta untuk menguruskan diri.Hasil daripada khidmat komuniti yang dijalankan,tapak perkhemahan kelihatan lebih bersih dan harmoni berbanding sebelum kehadiran peserta kesana.Para peserta kemudian bergerak ke Dewan untuk Majlis Penutupan Perkhemahan Perdana Unit Beruniform peringkat IPG Kampus Pendidikan Islam 2014.

3.4 Rumusan
Aktiviti Khidmat Komuniti ini diharapkan dapat memberi pelbagai manfaat dan faedah kepada para pelajar dan masyarakat setempat. Semoga matlamat mangadakan aktiviti ini dapat dicapai sebagaimana yang dihasratkan melalui objektif pelaksanaannya. Justeru pelajar mampu untuk menjadi seorang guru yang berkualiti sebagaimana yang dihasratkan melalui Falsafah Pendidikan Guru (FPG).


4.0   PENUTUP
Sesungguhnya tugasan kerja kursus WAJ 3111 Unit Beruniform PISMP Semester 4 Ambilan Januari 2013 amatlah bermanfaat dan efektif.Para Pelajar memprolehi pengalaman menyediakan kertas kerje khususnya kertas kerja Perkhemahan Perdana Unit Beruniform yang menjadi aset dan pengetahuan yang penting apabila berguru kelak.Penghasilan kertas kerja membolehkan bakal guru belajar untuk merancang,menyusun dan mengatur sesuatu perkara.Pengalaman ini mampu menjadikan bakal guru seorang yang bijak dala merancang sesuatu perkara malahan pengalaman yang sama mampu digunakan untuk menghasilkan pelbagai lagi jenis kertas kerja.
Kertas Kerja yang berkualiti,terperinci,tepat dan sempurna memudahkan sesuatu kelulusan daripada pihak tertentu.Ketelitian amat penting didalam menghasilkan sesuatu perkara.Justeru itu,tugasan ini melatih bakal guru agar teliti dan sentiasa berwaspada dengan segala perkara.Sifat teliti pasti menjanjikan hasil yang cantik,baik dan sempurna.
Selain itu,aktiviti khidmat komuniti amatlah memberi manfaat yang sangat banyak dalam diri para peserta.Bakal guru dapat mengenali potensi diri, bangga dengan bakat dan yakin dengan diri sendiri. Kemahiran yang disediakan dalam program ini amatlah sangat berguna kepada bakal guru .Nilai kesepaduan dan kerjasama dalam mengharungi kehidupan sebagai guru diterjemahkan dengan sangat jelas melalui aktiviti-aktiviti seperti menebas, memasak, membersihkan kawasan dan mengemas peralatan. Program ini memberi kesempurnaan yang amat jelas dari segi fizikal malahan mental kepada seseorang guru. Penyediaan laporan membolehkan peserta dapat mengimbas kembali perkara yang dipelajari semasa aktiviti khidmat komuniti.Bakal guru akan lebih bersedia dan terdedah dengan amalan kerja guru di sekolah.
Diharapkan agar tugasan ini terus menerus memberi manfaat kepada semua warga pendidikan samada sebagai bahan rujukan mahupun medium penyampaian maklumat.Semoga tugasan sebegini akan terus diperkemaskan dengan pelbagai variasi yang lebih efektif dan seterusnya dapat melahirkan guru yang seimbang selaras dengan Falsafah Pendidikan Guru (FPG)


5.0   REFLEKSI
Alhamdulillah,Syukur kehadrat Allah S.W.T diatas keizinan-Nya dapat jua saya menyiapkan tugasan kerja kursus WAJ 3111 Unit Beruniform dengan jayanya.Sebelum menyiapkan tugasan ini saya seorang yang sangat lemah dalam merancang sesuatu perkara.Setiap pekerjaan yang saya lakukan kurang teratur dan tidak tersusun.Namun apabila terlibat dalam menyediakan kertas kerja Perkhemahan Perdana Unit Beruniform,saya mula sedar bahawa merancang adalah sesuatu perkara yang penting.Perancangan yang rapi dan baik akan memudahkan setiap urusan yang kita bakal lakukan.Didalam menghasilkan kertas kerja,pemikiran perlu lebih kehadapan dan membayangkan keadaan yang bakal terjadi.Saya melihat banyak keadaan yang berkemungkinan terjadi dan perlunya rancangan kedua ataupun ‘plan B’.Sikap suka merancang membolehkan seseorang itu lebih bersedia terutamanya dalam kehidupan seorang guru kelak.
Selain itu,saya juga belajar penyelesaian masalah didalam menghasilkan sesuatu kertas kerja.Melihat kepada beberapa masalah dan kekurangan yang bakal dihadapi,pemikiran saya lebih terbuka.Antara masalah yang perlu dihadapi ialah pemilihan masa,tempat,dan anggaran perbelanjaan yang sesuai.Seorang bakal guru seperti saya mestilah berusaha memilih kesesuaian yang bertepatan dengan masa persekolahan,keselesaan dan peruntukkan kewangan.Saya sedar bahawa untuk melaksanakan sesuatu program bukanlah sesuatu yang mudah.Setiap masalah dan cabaran yang dating hendaklah dihadapi dengan tabah dan teguh.
Selain itu,saya juga dapat belajar cara untuk menyediakan laporan dengan baik.Membuat semakan format laporan memberikan saya pendedahan terhadap tugasan guru kelak.Sudah pastinya saya akan berhadapan dengan tugasan yang sama apabila bekerja kelak.Melalui penulisan laporan khidmat komuniti saya dapat mengingati kembali peristiwa yang berlaku sepanjang aktiviti tersebut dijalankan.Nilai kerjasama dan bantu-membantu Berjaya dipupuk dalam setiap peserta seperti aur dengan tebing.Setiap perkara dilakukan bersama,yang berat sama dipikul,ringan sama dijinjing.Saya dapat merasakan hubungan yang mesra didalam melaksanakan aktiviti khidmat komuniti tersebut.
Saya berharap agar tugasan ini akan terus dibuat penambahbaikkan pada masa yang akan dating.Di sini saya bercadang agar tugasan pada masa hadapan lebih bersifat moden dan teknologi.Sebagai contohnya,laporan disediakan menggunakan aplikasi web 2.0 yang membolehkan peserta menayangkan gambar tanpa had dan menjimatkan.Melalui penggunaan aplikasi web 2.0 juga dapat mengongsikan maklumat secara umum dan dapat dijadikan sumber rujukan oleh warga pengguna.Antara kebaikan laporan yang disediakan dengan menggunakan aplikasi web 2.0 ialah perkongsian tanpa had,lebih jelas dan terperinci serta bukan sahaja dapat menayangkan gambar semata-mata malahan dapat memuatkan video aktiviti.Selain itu,ianya lebih tahan lama dan dapat diakses oleh semua pengguna.Selaras dengan perkembangan teknologi yang semakin pesat,maka wajarlah tugasan untuk melengkapkan seorang guru mengikut arus pemodenan Negara.Sekian,terima kasih.
RUJUKAN

Internet 

Mejar Kehormat (Rela) Mohd Hatta Bin Hj Mohamed Ali.(2013). Galeri Foto Mengikut Aktiviti Yang Telah Dijalankan.http://relasis.uthm.edu.my/index.php/relasis-briged-rela-siswa-siswi-uthm/misi-visi-dan-objektif/9-relasis dicapai pada 20 Ogos 2014.

Cikgu Zulmajdi.(2013). Contoh Laporan Khidmat Masyarakat. http://cikguzulmajdi.blogspot.com/2011/09/contoh-laporan-khidmat-masyarakat.html  dicapai pada 20 Ogos 2014. 

Cikgu Zainuren.(2013). Pengenalan Gerak Kerja Kokurikulum Sekolah Rendah.  http://ukkskbt1.blogspot.com/2013/01/pengenalan-gerak-kerja-kokurikulum_13.html   dicapai pada 20 Ogos 2014. 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 342

Latest Images

Trending Articles